Wednesday, May 14, 2008

Polisi Dan Undang-Undang Di Laman KampungChat.net

Polisi Dan Undang-Undang Di Laman KampungChat.net

Room ini adalah hak milik semua chatters. Ia bukanlah hak milik mana-mana individu sahaja.
Pihak kami hanyalah menjaga dari segi pengurusan dan pentadbiran room bagi memastikan room ini sentiasa dalam keadaan yang terkawal.Sebelum memulakan dan menjadi ahli kampung ini diharap memahami dasar-dasar undang-undang yang tertera dibawah ini supaya apa yang kami adakan disini tidak dituntut diakhirat atau dihari kemudian nanti.

  1. Secebis Ole-Ole Kampung : Allah S.W.T memberi amaran kepada golongan yang suka berbohong dan berdusta di dalam firman-Nya bermaksud: "Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang kafir?" (Surah az-Zumar ayat 32).

  2. Hadis ini dengan jelas menunjukkan betapa sikap bencikan saudara sendiri (apa lagi yang seagama disaran bersatu) amat dimurkai Allah dan sukar mendapat pengampunan-Nya.Merujuk sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, katanya, Rasulullah bersabda, bermaksud: "Ditunjukkan amalan itu kepada Allah oleh kalangan malaikat pada hari Isnin dan Khamis. Lalu Allah memberikan pengampunan kepada setiap orang yang tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu, melainkan (Allah tidak mengampunkan) seseorang yang antara dirinya dan saudaranya ada rasa kebencian (dalam hati masing-masing). Lalu Allah berfirman: "Tinggalkanlah kedua-dua orang ini, yakni jangan dihapuskan dosanya sehingga kedua-duanya berdamai semula." - (Riwayat Muslim).
  3. Sesungguhnya kita sesama seislam itu bersaudara jauhi sikap-sikap hasad dengki jauhi diri kita jadi hamba syaitan dan iblis yang sentiasa ingin menyesatkan kita.jika kita mengikuti hasutannya maka kita adalah tergolong dan wajah kita telah digunakannya untuk menyesatkan orang lain.
Polisi bagi Moderator

Moderator adalah orang kuat room yang bertanggungjawab memastikan pengurusan room berjalan dengan lancar. Moderator adalah
dilarang sama sekali untuk menaikkan orang lain sebagai Moderator walaupun orang yang rapat dengannya. Moderator mempunyai kuasa untuk memberikan status Voice sementara kepada mereka yang berkelayakan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

  1. Mereka yang diberikan voice mestilah orang yang menjaga tatasusila semasa di dalam room.

  2. Mereka juga mestilah orang yang aktif di room (public).

Selain itu, moderator juga :

  1. Mestilah membantu dalam memastikan room dalam keadaan baik.

  2. Dilarang kick/ban user atas alasan peribadi.Bertindak dengan bijaksana dan bertimbangrasa.

  3. Sekiranya online, Moderator dimestikan berada di room sendiri serta memeriahkan room dan bertanggung jawab memastikan room sentiasa maju dan selalu Invite member memeriahkan room.

  4. Tidak dibenarkan kick/ban BOT atas apa alasan sekalipun.

  5. Dilarang sama sekali mengajak chatters untuk ke room lain,

  6. Moderator perlulah memiliki pengetahuan dalam pengendalian Command Mode yang tersedia selain berkemampuan online dalam jangka masa panjang untuk setiap hari (24-jam sebaik-baiknya).

  7. Moderator perlu mengikut tatasusila sepatutnya dan sebarang tindakan berlawanan dengan etika moderator pada Room/Bot/User akan menyebabkan status Moderator anda ditarik balik (tanpa notis).

  8. Syarat kelayakkan untuk menjadi moderator hendaklah berumur melebihi 20 (Dua Puluh Tahun).

  9. Status Moderator boleh ditarik balik pada bila-bila masa sekiranya Moderator tersebut tidak online dalam masa seminggu atau tidak
    aktif dalam room sendiri sebaliknya lebih aktif di room lain !!!

  10. Sekiranya terlalu ramai Moderator yang online pada satu-satu masa itu, sebahagian daripada Moderator perlulah turun ke bawah. Jumlah maksimum yang digalakkan berada di atas sebagai Moderator dalam satu masa ialah 5 orang sahaja.

  11. Moderator diharap tidak salah gunakan kick/ban atas dasar peribadi atau atas permintaan chatter`s.Tidak dibenarkan menaik orang lain ke status moderator atau kick/ban sesama moderator.

  12. Moderator yang layak dilantik hendaklah memberikan komitment tinggi dan dan aktif di kampung dan sanggup memajukan kampung serta tidak mementingkan diri sendiri.

  13. Dilarang mempunyai status Moderator di room lain kecuali dengan kebenaran pihak pengurusan.i

Polisi bagi Voice

Voice tetap yang telah di lantik adalah mereka yang telah dikenalpasti selalu join di room dan mendapat keutamaan dalam pemilihan Moderator.

  1. Voice yang telah dikenalpasti selalu membantu dalam memajukan room akan diberi status Moderator (atas sokongan daripada Moderator yang sedia ada.

  2. Voice yang terpilih sebagai bakal Moderator akan diberikan tempoh percubaan sebagai Moderator selama sebulan. Moderator tetap perlu memantau kerja bakal Moderator tersebut selama dalam tempoh percubaan.

Panduan untuk Semua Chatters ..

  1. Dilarang menggunakan huruf besar.

  2. Dilarang menggunakan bahasa lucah atau kasar atau nickname lucah.

  3. Dilarang ulangan melebihi 3 kali serta flood

  4. Dilarang invite atau promote user kampung untuk untuk ke laman chat lain.

  5. Dilarang mengganggu ketenteraman chatters lain semasa di dalam room.

  6. Sebarang rayuan untuk mendapatkan status Moderator tidak akan dilayan. Sebaliknya Moderator dipilih dan dilantik oleh Pihak Pengurusan Kampung.

  7. Semua member KampungChat.Net Digalakan menghantar gambar berserta maklumat diri yang ringkas untuk dimasukan kedalam album kampung.

Tindakan

Semoga anda menghormati setiap undang-undang yang ada demi kebaikan dan keselamatan kampung ini. Sekiranya chatters didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan, tindakan yang akan diambil seperti berikut:

Jika didapati advertise/iklan didalan room #kampung , tindakan KLine atau Kick/Ban akan dikenakan serta-merta dan anda akan disekat dari memasuki ke laman ini buat selamanya.Kerjasama dari anda semua amatlah dihargai kerana laman ini berdaftar atas nama pihak pengurusan.

Harapan kami agar semua dapat menggunakan/memanfaatkan sebaik mungkin kemudahan yang disediakan dan jauhi segala perkara-perkara yang tidak baik yang dimurkai Allah, semoga kita semua berjaya duduk sebumbung disebuah komuniti dalam dunia internet ini serta berjaya hingga ke generasi yang akan datang.

Nasihat dari kami sila rahsiakan identiti sebenar anda!!! Jangan sesekali memberi No Telefon, Alamat Rumah, No Kad Pengenalan atau apa-apa maklumat peribadi anda kepada sesiapa saja yang meminta dari anda demi untuk keselamatan anda. AWAS!!! Penipuan banyak berlaku di dunia internet ini. Pihak pengurusan tidak akan bertanggung jawab sekiranya berlaku apa-apa ke atas diri anda. Domain Name dan Laman ini berdaftar segala Hakcipta Terpelihara. Dilarang Advertise/Iklan tanpa izin atau Mengambil/Meniru Persamaan WebSite Atau Mencetak Bahan yang ada dilaman ini.
Harap Maklum!!!

Sebarang masalah, rayuan atau cadangan, sila emailkan kepada Pengurusan Kampung

No comments: